Oleh : Wan Nor Zadilah Binti Wan Mohamad
NILAI- Bijak mencari potensi diri. Begitulah yang dapat digambarkan melalui penglibatan 66 orang mahasiswa yang mengambil alternatif terbaik dengan mengikuti Bengkel Pengacaraan Majlis , baru-baru ini.
“Antara objektif bengkel ini diadakan ialah untuk mendedahkan diri mahasiswa supaya melihat peluang kerjaya dalam bidang pengacaraan khasnya dan bidang–bidang lain amnya. Selain itu, bengkel ini juga bermatlamat meningkatkan pengetahuan sedia ada untuk menerajui alam pekerjaan selepas tamat pengajian,” jelas Fatin Izzati Hasbulllah, Pengarah Bengkel Pengacaraan Majlis ketika sesi ucapannya .
Bengkel yang dianjurkan oleh Exco Kerjaya, Pembimbing Rakan Universiti ini telah diadakan pada 19 Mac 2011 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Syariah Undang-undang(FSU). Terdapat dua slot pengisian yang terdiri daripada sesi ceramah dan simulasi telah diadakan sepanjang bengkel ini berlangsung. Sesi ceramah telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hasni Zulkifle, Kaunselor di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Antara pengisian yang telah dikongsi pada bengkel tersebut ialah berkaitan dengan kredibiliti seorang pengacara majlis. Sebagai seorang pengacara, kita mestilah sentiasa mempamerkan air muka yang tenang, amanah dan baik hati, tidak panik dalam pelbagai situasi, tidak berwatak serius serta pelbagai lagi.
Pada slot simulasi pula, para peserta telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyediakan skrip pengacaraan dan membuat simulasi pengacaraan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Slot simulasi berkumpulan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh saudari Nur Farhana Sulaiman, Kaunselor Pelatih di Universiti Multimedia, Melaka. Setiap persembahan kumpulan telah dikomen dan diadili oleh Puan Nor Hazreen Mohd Nor, Pegawai Psikologi Kanan dari Unit Psikilogi Kaunseling dan Kerjaya, USIM.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————